Abam Bocey, pelawak dan pelakon, berkongsi pengalaman beliau sering dihentam dan dihina sepanjang beliau bergelar anak seni dan memberikan kata-kata semangat kepada generasi baru dalam industri di laman sosial Instagram beliau.

Beliau mengatakan bahawa walaupun berasa hiba apabila dihentam, beliau tetap cekal dalam mengharungi perjalanan sebagai anak seni dan sentiasa ingat akan ibu bapa serta tujuan apabila memasuki dunia seni.

Dalam catatan beliau, beliau juga mengatakan beliau dihentam seperti orang kata beliau gemok, bodoh, dan apabila beliau kahwin, orang kata yang isteri beliau hanya mahukan wang beliau sahaja serta beliau merasakan yang maruah beliau seperti diletak di tapak kaki je oleh orang ramai.

Walaupun beliau tertekan dengan segala yang berlaku, tapi beliau terus cekal untuk mencari rezeki dan memaafkan orang yang menghentam beliau.

Menjadi seorang anak seni bukanlah mudah, sebagai seorang anak seni, haruslah sentiasa bersabar menghadapi segala dugaan dan perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group