Abby Abadi, seorang pelakon dan juga bekas penyanyi kumpulan Elite telah memberi respon beliau mengenai filem Munafik 2 yang telah menemui penonton di pawagam baru-baru ini.

Abby Abadi telah memuat naik gambar di laman Instagram ketika pergi menonton filem Munafik 2 dan menulis kapsyen filem Munafik 2 antara filem terbaik dan banyak memartabatkan Islam dek kerana pada era kini dunia hiburan yang sudah banyak berubah dalam memartabatkan agama Islam.

#Munafik2 💪🏻❤️ @danishhakim_243 @marissadania_ @maria.danisha.hakim . Tahniah @syamsulyusoffilm 😍 Tak rugi tong2 dgn @memeysuhaiza beli tiket seat mahai. Sangat berbaloi . Hampir 6tahun Sy mengasingkan diri dari dunia hiburan sbb takut makin jauh dari ISLAM, tapi bila menonton #Munafik2, dpt rasakan dunia seni sudah ada ruang & wakil untuk Perjuangan ISLAM 👍🏻 . Memang terbaikk. Teruskan. Skrip mantap. Barisan pelakon tak mengecewakan. Tak sia2 Danish mengidolakan Awak 😉 . Semoga hidayah petunjuk ALLAH milik kita bersama . Banyak lagi Akak nk tulis sebenarnya tp tah… tak tertulis sbb hebattt nauuu hehe.. Semua bintang di langit nilai utk filem ini 😍 . Terima Kasih jumpa buat Oman @normanhakim_786 sbb bg review yg mantop utk filem ni buat Sy teruja nk gi menonton hehe . pS: Buat Sahabat2 Sy disini yg belum berkesempatan menonton cerita ni, silakan. Niatkan Lillahi Taala. Bernilai disisiNYA InshaALLAH 😘

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

“Hampir enam tahun saya mengasingkan diri dari dunia hiburan sebab takut makin jauh dari Islam.”

“Tetapi bila menonton Munafik 2, dapat rasakan dunia seni sudah ada ruang dan wakil untuk perjuangan Islam.”

Abby Abadi turut menyatakan penceritaan jalan cerita dan skrip yang mantap dan terbaik.Beliau juga akui filem ini banyak memberi unsur-unsur yang positif kepada penonton.

“Memang terbaikk. Teruskan. Skrip mantap. Barisan pelakon tak mengecewakan. Tak sia-sia Danish mengidolakan Awak.”

“Semoga hidayah petunjuk Allah milik kita bersama. Banyak lagi Akak nak tulis sebenarnya tapi tah, tak tertulis sebab hebat nauuu hehe.. Semua bintang dilangit nilai untuk filem ini.”

Kepada sesiapa di luar sana yang masih tidak menonton filem Munafik di pawagam, anda disyorkan menonton dan lihat sendiri kualiti filem Munafik 2 itu.Filem Munafik 2 dibintangi oleh barisan pelakon, Syamsul Yusof, Fizz Fairuz, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Mawi Rahim Razali dan pelakon Indonesia, Weni Panca.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group