Pelawak dan penyanyi, Achey atau nama sebenar, Mohd Nasir Bin Hamzah menafikan dakwaan yang beliau bakal menjadi vokalis terbaharu kumpulan Kristal.

Melalui wawancara mStar Online, beliau menjelaskan salah faham yang timbul setelah kumpulan Kristal baru-baru ini telah memuat naik video beliau menyanyikan lagu Suatu Kenangan bersama kumpulan tersebut di YouTube.

Jelasnya lagi, video yang dimuat naik di YouTube itu hanya sekadar projek istimewa dimana beberapa penyanyi tanah air menyanyikan lagu popular kumpulan tersebut.

“Tak sangka pula ia jadi isu besar… Apabila Kristal minta saya nyanyikan lagu Suatu Kenangan itu saya setuju sebab memang sejak dulu minta mereka. Tetapi saya bukannya pengganti Lan seperti yang diperkatakan,” jelasnya kepada mStar Online.

Achey berkata lagi, walaupun beliau ditawarkan unutk menjadi vokalis dalam kumpulan Kristal, beliau ingin memberitahu awal bahawa kemungkinan beliau terpaksa menolak dek kerana komitmen beliau yang banyak, lebih-lebih lagi komitmen beliau terhadap anak angkat beliau, Nur Tiara Zinnirah Nasir yang baru berusia dua bulan itu.

acheykintangkintung_36086248_495831757525311_2469815686524829696_n

Dalam pada masa yang sama, beliau sekarang sedang membuat rakaman single terbaharu beliau yang dicipta beliau sendiri untuk anak angkat beliau, Nur Tiara yang berjudul Anak.

Achey bersama kumpulan beliau, Bocey bakal berentap dalam Super Spontan Xtravaganza bersama 16 peserta lain bermula 20 Julai ini setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna, jelas beliau yang ditemui di sidang media program tersebut.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group