Adam Shahz menjadi seorang pemandu Grab untuk menambah pendapatan beliau apabila tidak menerima tawaran berlakon sejak setahun lalu.

Menurut wawancara mStar Online, beliau juga pernah ditawarkan bekerja sebagai jurutera oleh penumpangnya apabila mengetahui beliau pernah bekerja sebagai jurutera, akan tetapi beliau menolak kerana beliau masih sayangkan karier seni beliau.

Beliau juga mengatakan bahawa beliau tidak berasa malu untuk menjadi pemandu Grab kerana ia merupakan pekerjaan yang halal dan boleh menambah pendapatan beliau.

Menurut beliau, beliau pernah digoda dan ditipu pelanggan, maka pengalaman tersebut menjadikan beliau lebih berhati-hati dalam memilih penumpang dan dijadikan pengajaran.

Beliau juga mengatakan bahawa beliau tidak mahu bekerja tetap kerana ingin meneruskan karier sebagai pelakon dan mencapai banyak perkara sebagai anak seni.

Melakukan apa-apa pekerjaan pun yang penting halal dan kita haruslah ikhlas dalam melakukan segala pekerjaan yang kita lakukan. Walau apa pun pilihan Adam tentang kerjaya yang dipilihnya, semoga beliau akan berjaya dan tabah menempuh segala onak duri.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group