Setelah tersebar mengenai satu pendedahan akaun Instagram yang menunjukkan beberapa orang artis tanah air dan individu yang terkenal di Instagram yang memakai barangan tiruan. Pelbagai reaksi timbul mengenai isu ini tidak kira dari individu itu sendiri ataupun peminat-peminat.

Terbaharu melalui temu bual Harian Metro bersama Aiman Tino, beliau mengaku memakai barangan tiruan dan mengatakan bahawa dia tidak malu untuk mengaku hal tersebut.

Walaupun beliau menggunakan barangan tiruan,beliau tidak menggalakkan penggunaan barangan tiruan. Tambahnya lagi ada kalanya barangan yang digunanya merupakan pemberian peminat-peminat sebagai hadiah. Menurut beliau sesetengah aksesori atau barangan akan dipakai sekali sahaja dan agak tidak berbaloi jika membeli barangan mahal tetapi hanya memakai sekali sahaja.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group