Agnes Monica memuat naik ‘teaser’ video muzik terbaharunya bersama Chris Brown berjudul Overdose di laman sosial Instagramnya mendapat kecaman netizen.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa kecewa kerana beranggapan beliau melupakan nilai-nilai ketimuran apabila dalam video tersebut ada kelihatan adegan adegan mesra antara Agnes Monica dan Chris Brown.

Lagu kolaborasi Agnes Monica dan Chris Brown yang berjudul Overdose dikeluarkan pada 27 Julai menjadi hits no 1 di pasaran Indonesia beberapa jam selepas di pasarkan.

Mungkin netizen patut berfikiran terbuka sedikit kerana Agnes Monica sedang memasuki pasaran di Amerika Syarikat. Apa-apa pun teruskan lah menyokong Agnes Monica.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group