Penyanyi, pelakon dan juga pengacara, Aliff Satar kini sedang mempersiapkan diri beliau untuk menyertai cabaran Ironman Triathlon 2018 di mana peserta harus melengkapkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 km diikuti dengan berbasikal sejauh 180 km dan larian marathon sejauh 42.2 km.

Aliff Satar boleh dikatakan sebagai artis yang serba boleh kerana bukan sahaja mempunyai bakat dalam lakonan, nyanyian mahupun bidang pengacaraan namun juga turut boleh mencabar diri beliau dalam ketahanan diri dengan menyertai Ironman Triathlon 2018.

Aliff telah berkongsi video latihan gigih dan keras beliau dalam laman Instagram dengan kapsyen beliau yang tidak sabar untuk menyertai cabaran tersebut.

Beliau menjelaskan niat beliau berkongsi sesi latihan beliau kepada peminat adalah kerana beliau ingin menjadi inspirasi kepada semua orang untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Rata-rata peminat meninggalkan komen dengan memberi kata-kata semangat kepada beliau apabila menyertai cabaran itu nanti.

“Whoaaa all the best bro. Let’s catch it on YouTube now.”

“Goodluck bro… keep it up..steady boss..”

“Good luck for langkawi bro!”

“All the best💪”

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group