Yusoff al-Qardawi merupakan nama anak lelaki Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin seri Nur Shahida Mohd Rashid yang selamat dilahirkan semalam.

Nama anak beliau diinspirasikan dari nama seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal iaitu Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi.

Berita tersebut dikongsikan oleh Aliff menerusi laman Instagram miliknya.

Aliff menerusi catatan di laman Instagramnya mengatakan beliau memilih nama tersebut agar nanti anak beliau akan menjadi alim ulama Islam.

Penantian selama enam tahun untuk mendapat cahaya mata yang keempat akhirnya menjadi kenyataan dan Aliff tidak menyangka bahawa beliau akan mendapat rezeki itu selepas mengambil dua orang anak angkat iaitu Ameena dan Qayyum.

Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 iaitu selama 11 tahun mereka telah mendirikan rumahtangga dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, dan Ibraheem Adham.

Semoga dengan kelahiran anak yang baru ini akan memberikan lebih kegembiraan kepada Aliff dan keluarga.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group