Pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan pembelian barang berjenama tiruan tidak salah kerana dia juga pernah memakai barang jenama tiruan ketika di awal pembabitannya sebagai ahli perniagaan.

Dia mengatakan tak semua orang mampu untuk memakai barangan berjenama dan bagi dia tak salah untuk menggunakan barang berjenama tiruan mengikut pada kemampuan masing-masing.

hanya kenangan😞

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Jika tidak mampu memakai barang berjenama, tapi hanya mampu memakai gred AA, tidak menjadi masalah kerana ianya bukan merompak atau mencuri, ujarnya.

Dari segi etika, penggunaan barang berjenama tiruan adalah salah. Jika ingin bergaya, tak semestinya harus menggunakan barang berjenama, berbelanjalah dengan mengukur dibadan sendiri.

Laman Instagram ini pula berkongsi gambar artis yang memakai barangan fake di Instagram. Jadi anda tahu artis atau influencer mana yang pakai barangan original, siapa yang pakai barangan tiruan.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group