Segelintir peminat Alvin Chong yang sering meminta beliau untuk menukar agama membuatkan Alvin berasa sedikit kecewa dengan mentaliti peminatnya.

Menurut wawancara mStar Online, perkara tersebut memberi kesan sedikit sebanyak kepada Alvin dan menggores hati dan perasaanya kerana beliau merupakan penganut agama Kristian.

Beliau juga mengatakan bahawa beliau tidak senang dengan pertanyaan atau jenaka daripada orang yang tidak mengenalinya mengenai agama dan bila beliau ingin menukar agamanya.

Beliau mengatakan bahawa beliau tidak menghiraukan mesej-mesej yang beliau terima dari orang yang beliau tidak kenal mengenai hal-hal sedemikian kerana ia merupakan hal peribadi beliau dan beliau beranggapan jika beliau membalas komen-komen tersebut ianya akan menjadi perkara yang serius dan sensitif.

Kita di Malaysia ini, kita hidup dalam kepelbagaian kaum dan agama, maka kita haruslah saling menghormati dan perihal agama tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka dan kita haruslah berhati-hati dalam tutur kata agar tidak menggores hati mana-mana pihak dimana perkara ini agak peribadi dan sensitif. Jika kita ingin mempromosikan agama kita, ianya haruslah dengan secara berhemah dan tidak mendesak kerana tiada paksaan didalam Islam.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group