Penyanyi dan juara Mentor Milenia 2017, Angelica Paujin atau Elica teruja untuk ke Korea Selatan setelah memenangi kategori vokal di pusingan penentuan Malaysia bagi mewakili Festival K-Pop Dunia Changwon 2018.

Elica berasa sangat bertuah apabila dapat menjadi wakil pertama yang mewakili Malaysia untuk kategori vokal dalam festival tersebut memandangkan sebelum ini Malaysia hanya menghantar wakil tarian sahaja. Dalam pusingan penentuan kali ini, Malayisa memilih dua juara iaitu satu untuk kategori tarian dan satu lagi untuk kategori vokal.

angelica paujin

Beliau juga tidak menyangka beliau akan memenangi pusingan penentuan itu kerana beliau mempunyai pesaing-pesaing yang hebat dan mempunyai potensi yang besar untuk menang dalam pusingan penentuan yang diadakan di Grand Hall, Taylor’s Lakeside University, Subang Jaya.

Festival K-Pop Dunia Changwon diadakan setiap tahun yang dianjurkan oleh Kementerian Luar Negara Korea Selatan dan lebih 10 negara mengambil bahagian dalam festival itu termasuklah Malaysia.

Angelica berkata ini bakal menjadi pengalaman beliau yang luar biasa apabila beliau dapat berkongsi pentas dan persembahan dengan artis K-Pop terkenal.

Tahniah diucapkan kepada Angelica kerana dapat mengharumkan nama baik Malaysia ke Korea.Semoga Angelica dapat melakukan yang terbaik di Festival K-Pop Dunia Changwon pada Oktober nanti.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group