Baru-baru ini kecoh di laman sosial Twitter mengajak orang ramai untuk membuat laporan terhadap video lagu nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri berkolaborasi dengan Nur Sajat dan Lucinta Luna berjudul Bobo Dimana agar pihak YouTube akan mengeluarkan video tersebut daripada youTube.

Rata-rata netizen beranggapan video tersebut tidak sesuai untuk golongan kanak-kanak kerana mempunyai unsur lucah yang hanya merosakkan minda.

Malahan, menurut netizen, Datuk Aliff sepatutnya tidak berkarya seperti itu kerana ianya tidak bagus untuk industri mahupun untuk tontonan umum.

Namun video ini sudah pun ditonton lebih 3 juta kali dalam masa 4 hari sahaja. Netizen tidak suka tetapi views tetap naik. Siapa yang tonton video lagu ini sebenarnya?

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group