Sudah lama tidak mendengar khabar Anzalna Nasir. Siapa sangka pelakon jelita ini rupanya mempunyai bakat tersembunyi. Terbaharu, beliau berkongsi aktiviti jual beli hasil karnyanya itu di laman Instagram. Hasil jualan karyanya akan digunakan untuk tujuan kebajikan.

Sebelum ini beliau telah berjaya menjual lukisan Eiffel Tower kepada salah seorang pengikutnya di Instagram. Gambar lukisan yang disertakan dengan #AnzalnaDaVincci mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peminatnya.

Semalam Anzalna baharu sahaja memulakan proses lukisan suasana di Kota Mekah dan sempat membuat live untuk tontonan peminatnya.

PaintingAnzalna Nasir

Namun belum pun siap lukisan tersebut, beliau sudah mendapat permintaan dan pertanyaan yang tidak putus-putus dari peminatnya yang berminat untuk membeli lukisan tersebut.

anzalna

Semoga usaha beliau untuk berkarya sambil beramal berterusan dengan sokongan luar biasa dari peminatnya selepas ini.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group