Semenjak kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum ke-14 yang lepas, bukan sahaja ramai ahli politik ‘lompat’ parti tidak kurang juga golongan selebriti tanah air yang berubah pendirian seperti lalang.

Sesetengah artis yang sebelum ini menunjukkan sokongan kuat terhadap kerajaan yang memerintah sebelum ini tiba-tiba beralih arah dan menunjukkan sokongan terhadap kerajaan baharu pula. Tidak ketinggalan dengan kenyataan daripada beberapa artis bahawa mereka sebelum ini disekat untuk bersuara.

Menurut Sharifah Amani golongan selebriti sepatutnya tidak bersikap seperti lalang dan tidak mudah terpengaruh. Tambahnya lagi sikap lalang sebegini membuatkan beliau sedih dan terkilan kerana hal ini menunjukkan integriti golongan selebriti yang tidak teguh.

Datuk Farid Kamil juga berpendapat bahawa golongan selebriti juga merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk bersuara. Selebriti juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai isu politik semasa untuk membentuk masyarakat yang matang.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group