Penyanyi, As’ad Motawh baru-baru ini telah mengakui dan mendedahkan hobi beliau yang suka ‘mengendap’ hampir kesemua pengikut beliau di laman Twitter.

As’ad Motawh mengakui melalui penulisan di laman Twitter bahawa beliau sering ‘stalker’ pengikut beliau di Twitter namun ia agak menjengkelkan diri beliau apabila ada sesetengan pengikut beliau yang meletakkan mod privasi pada laman Twitter mereka.

“Saya sebenarnya suka ‘menghendap’ siapa yang mengikut akaun saya. Jadi tolonglah jangan privasikan akaun anda. Ia menjengkelkan saya… Hahaha.”

Rata-rata pengikut beliau menganggap itu status yang lucu daripada As’ad Motawh namun ada juga yang tidak mempercayai kenyataan itu.

Berikut sedikit perkongsian daripada reaksi pengikut yang melihat status yang dimuat naik As’as Motawh tempoh hari.

“Alang-alang stalk tu, balas komen sekali As’ad! Atau pun follow balik.”

“Boleh la stalking saya. Tapi apalah nak ditengok sebab isinya semua retweet daripada As’ad.”

“Harap-harap lepas dah tak private, boleh la As’ad stalk.”

“Sebenarnya saya pun hari-hari stalk awak As’ad.”

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group