Jika anda masih ingat video “Awek Cendol” yang viral beberapa bulan lalu pasti anda kenal dengan gadis bernama Nija atau nama sebenarnya Anizah Tahang. Baru-baru ini Nija dikatakan mendapat tawaran untuk berlakon drama “Lelaki Tak Pernah Puas”.

Nija yang sudah menjalani penggambaran drama tersebut telah berkongsi gambar bersama pelakon yang turut menjayakan drama tersebut iaitu Tuan Mohd Faiz di laman Instagramnya. Gambar tersebut telah mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen.

Keluarga yahya on set! #shootingraya #cheritackita

A post shared by ANIZAH TAHANG (@_ninija) on

Sesetengah netizen yang tidak berpuas hati mengenai pemilihan Nija sebagai pelakon baharu dengan memberikan komen yang mengatakan rosak industri perfileman jika pengambilan pelakon baru yang dibuat berdasarkan populariti dari video viral yang tidak profesional.

Apa-apa pun tahniah kepada Nija kerana rezeki berpihak kepada beliau sekali lagi.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group