Datuk Awie yang ditemui di majlis makan malam untuk meraikan kejayaan Hantu Kak Limah dilihat mengunakan bantuan tongkat untuk berjalan ketika menghadiri majlis tersebut.

Datuk Awie akui beliau kini sedang menerima rawatan akibat asid urid yang berlebihan pada kaki beliau dan ianya bertambah serius sejak tiga hari lalu sehingga memaksa beliau untuk duduk sahaja di rumah.

“Alhamdulillah, saya semakin sihat cuma hari ini datang bertongkat. Saya sudah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.”

“Doktor memberitahu asid urik tinggi walaupun saya tidak menjamah makanan berlemak atau makanan laut pun.”

“Di rumah pula hanya makan roti dan bihun, tiba-tiba sakit. Bagilah apa juga ubat untuk menyembuhkan sampai dos ubat Voltaren yang tinggi sekali pun masih on dan off .”

“Dua hari saya terlantar sakit tak boleh berjalan, tak apala janji kita okey. Kita usaha sahaja. Bagus juga kena ketika bukan waktu bekerja, kalau tidak parah juga.”

Awie juga ada menyatakan sakit yang dialami beliau kini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan gangguan mistik yang dialami beliau dan isteri baru-baru ini.

“Tak tahu nak kata santau, gangguan atau apa… Siang semalam saya terkena dan ternampak (makhluk itu ) dan malam semalam pun isteri saya menjerit tiba-tiba.”

Beliau juga memberitahu bahawa isteri beliau menjerit secara tiba-tiba dan dikatakan ada orang yang hendak mencekik beliau.

“Katanya macam ada orang datang nak cekik. Jadi, sekarang dia sudah ketakutan sampai nak keluar rumah pun takut.”

“Katanya, dia nampak makhluk duduk bertinggung depan dia.”

“Orang yang tak pernah lalui kalau saya cerita mesti akan ketawa nanti, bila sudah kena siang malam kita lawan sajalah.”

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group