Sebelum bergelar seorang pelakon, Azrel Ismail yang mencipta nama melalui drama Syurga Nur mendedahkan bahawa beliau pernah terima tawaran untuk ‘dibela’ ketika bekerja dalam bidang perhotelan beberapa tahun yang lalu.

Dalam wawancara BH Online, beliau menyatakan yang beliau tidak melayan tawaran orang yang mahu ‘membela’ beliau dan bersyukur kerana bebas daripada gejala yang tidak menyenangkan itu.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau bukan seseorang yang suka mengambil kesempatan atau menggunakan pengaruh individu lain untuk berjaya.

Malu berkayuh perahu hanyut, tanpa kerja keras, seseorang itu tidak akan berjaya. Maka, diharapkan Azrel akan berusaha keras dalam kerjayanya dan akan menghiraukan segala tawaran-tawaran untuk ‘dibela’.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group