Jejaka diluar sana yang mahu tampil bergaya hari raya ini, bolehlah cuba menggayakan baju raya rekaan pelakon Erry Putra ini.

Menurut Ery, tidak seperti baju yang biasa, baju ini merupakan fusion antara kurta dan ‘samfoo’ daripada kaum Cina. Maka terhasillah baju yang unik ini.

Baju raya Saputra now for sale rm239 set dan baju sahaja rm159 @ua_butik

A post shared by 🎖Aerry Saputra (@aerrysaputra) on

“Asas baju itu daripada elemen kurta yang terkenal dalam masyarakat India manakala bahagian kolar inspirasi daripada samfoo iaitu pakaian tradisional kaum Cina. Manakala elemen Melayu itu terletak pada bahagian dalam baju yang masih mengekalkan konsep tradisional baju Melayu,” jelasnya kepada mStar Online.

Tetapi rekaan ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa janggal kepada netizen. Ada yang berpendapat baju ini sangat sesuai untuk para bapa yang ‘masih menyusukan anak’.

Komen-komen lain juga sangat menghiburkan. Walaupun dikecam, menurut Ery baju jualannya ini sudah hampir kehabisan stok kerana ramai yang berminat dengan rekaan unik baju ini.

Jika perlu memilih, kami akan pilih baju Melayu yang biasa sahaja. Tepuk dada tanya selera. Ada yang sudah membeli baju ini?

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group