Penyanyi Elly Mazlein nyata rasa sangat kecewa dengan tindakan bekas suaminya yang bukan sahaja tidak memberi nafkah anak tetapi turut mahu pihak mahkamah memenjarakan beliau.

Walaupun sudah bercerai dan membawa haluan masing-masing, pertelingkahan antara Elly Mazlein dan bekas suami, Azmi Hatta masih berlarutan sehingga kini terutamanya dalam soal nafkah anak.

Assalamualaikum semua . Alhamdulillah di bulan yg Mulia kakak lina dpt keadilan . Syukur Alhamdulillah . Mahkamah tolak tuntutan @azmi_hata utk Penjarakan kakak lina . Salah 1 alasan @azmi_hata adalah , azmi kata kakak lina mama yg tidak bertanggungjwb kpd Sefhia 😢 . @azmi_hata sgt kejam punya impian nak pisahkn kakak lina dgn manja . X tahu la bile agaknya @azmi_hata nak move on . Sepatutnya ikut akal logic, kakak lina la yg lebih patut berdendam sebab @azmi_hata dah nikah, dah ada baby, keluarga sempura . Klu nak di bandingkan dgn kakak lina selepas bercerai smpai skrg belum bernikah , hanya ada sefhia dan menjaga abah .. mama da meninggal . Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan tidak abis2 nak seksa & kacau kehidupan kami 3 beranak . Xpe dugaan utk kakak lina .. InsyaAllah kakak lina x akn mngalah . Lepas ni kakak lina akan usahakan pula, nak usulkan cadangan utk meminta pihak produksi yg @azmi_hata sedang bekerja utk meminta pihak produksi tersebut memotong gaji @azmi_hata setiap bulan utk pembayaran nafkah sefhia yg hanya rm1500 . @azmi_hata wajib memberi nafkah kepada sefhia.. kakak lina bersyukur dan kakak lina mampu sara sefhia dgn rezki yg Allah bg ni, InsyaAllah ..cuma kakak lina nak @azmi_hata bertanggungjwb kpd sefhia .. tu duit sefhia, hak dia . Moga kisah kakak lina menjd iktibar buat semua . Tq buat En Mahyuddin selaku peguam kakak lina yg telah menjlnkan tugas dgn baik sekali..syukur rezki kita . Buat @azmi_hata Nak nikah berderet boleh.. nak anak ramai boleh.. tp bayarlah nafkah anak . Dah la duit hantaran nikah dulu pun kakak lina x dpt.. duit iddah selepas bercerai pun x dpt .. tp kakak lina x kisah , kakak lina halal kan . Tp duit manja kau jgn buat hal ye .. aku panggil #hanani rambut kuih lompang coklat gi jumpa kau , baru kau tau

A post shared by 🎀ELSefhia 🎀 (@iamellymazlein) on

“Alhamdulillah di bulan yang Mulia kakak lina dapat keadilan. Mahkamah tolak tuntutan Azmi untuk Penjarakan kakak lina. Salah satu alasan Azmi Hata kata kakak lina mama yang tidak bertanggungjawab kepada Sefhia,” jelasnya.

“Buat @azmi_hata, nak nikah berderet boleh. Nak anak ramai boleh, tapi bayarlah nafkah anak. Dah lah duit hantaran nikah dulu pun kakak Lina tak dapat. Duit iddah selepas bercerai pun tak dapat. Tapi kakak Lina tak kisah. Kakak Lina halalkan,” tulis Elly di video Instagram beliau.

Semoga Kak Lina sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan dan pertelingkahan dengan bekas suami dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group