Nabila Huda atau lebih selesa dipanggil Abel diburu perasaan bersalah terhadap suami dan anak tersayang apabila terpaksa berpisah dengan mereka kerana perlu merantau ke negara asing selama sebulan.

Beliau akan bertolak ke Itali pada 16 Julai ini bagi menjayakan program travelog di sana. Beliau juga berkata bahawa beliau sudah mendapat keizinan daripada suaminya dan mengetahui suaminya itu memahami kariernya sebagai anak seni.

nabila huda family

Nabila juga meluahkan perasaan teruja beliau apabila dikhabarkan akan dibawa meneroka pelbagai tempat yang belum lagi terkenal dikalangan pelancong sepanjang program pengembaraan itu dijalankan. Namun beliau masih tidak mengetahui butiran lanjut tentang lokasi yang bakal dituju dan aktiviti yang bakal dilakukan di sekitar Itali itu.

suami dan anak nabila huda

Dalam keterujaan beliau, beliau juga bersusah hati memikirkan tentang perpisahan beliau dengan suami dan anak beliau, Keisha Laila kerana jarang sekali mereka berpisah terlalu lama sehingga sebulan. Tetapi, beliau sangat bersyukur kerana mempunyai suami dan anak yang sangat memahami kerjaya dan minat beliau.

Nabila Huda bertuah mempunyai keluarga yang memahami kerjaya beliau dan berpeluang untuk menjejaki negara tarikan pelancong itu.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group