Hael Husaini, penyanyi, mencuri tumpuan umum apabila memuat naik gambar beliau dengan mengenakan beg Ikea yang kelihatan sangat bergaya di laman sosial Instagram beliau.

Rata-rata menyatakan pertanyaan tentang di cawangan mana Hael membeli beg tersebut kerana beg tersebut tidak pernah dilihat di mana-mana cawangan Ikea Malaysia.

Menjadi seorang selebriti pasti akan menjadi tumpuan umum, apabila seseorang itu menggayakan sesuatu barang dan kelihatan menarik dan bergaya, pasti orang ramai akan tertanya-tanya dimana mereka boleh dapatkan barang yang serupa dengan itu.

Jadi mungkin Hael boleh memberitahu peminat di mana beliau membeli beg itu agar mereka boleh membeli dan bergaya seperti Hael. Tak perlu usung beg Bijan pun boleh nampak bergaya.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group