Pelakon Bront Palarae mengatakan bahawa beliau tidak terlalu memilih tawaran berlakon tetapi beliau hanya bersikap teliti untuk menerima sesuatu tawaran.

Menurut Bront, beliau akan memilih sesuatu projek yang berkualiti dan memberi impak kepada masyarakat.

Tambahnya, beliau cenderung untuk memilih projek yang bermanfaat dan bukanlah terlalu memilih sehingga tak muncul dalam drama tempatan.

Jika tawaran tersebut berkualiti, pastinya beliau akan menerima tawaran tersebut tapi jika sebaliknya beliau takkan menerima.

Mungkin tak banyak tawaran yang mempunyai naskhah yang berkualiti untuk Bront menerima tawaran. Apa-apa pun lakonan Bront memang terbaik!

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group