Baru-baru ini, luahan rasa bengang Ernie Zakri terhadap Haqiem Rusli yang menggunakan beliau, Wany Hasrita dan Ara Johari tak ubah seperti patung untuk majlis “gimik” pelancaran lagu terbaru Haqiem mendapat reaksi daripada Caprice.

Caprice yang popular dengan slot Bang Bang dan juga yang suka mengulas isu-isu semasa itu turut meluahkan rasa bengang disebabkan Haqiem menggunakan isu depresi dan menyatakan akan berhenti daripada dunia nyanyian namun sebenarnya ianya hanyalah “gimik” dan strategi beliau untuk mempromosikan lagu terbaru beliau sahaja.

@haqiemrusli98_ shame on you and your whole managment! 🔫

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

“Biar saya cakap satu benda, anxiety dan depresi bukan satu gurauan. Ramai orang kat luar sana yang alami benda ni dan kau guna hanya untuk marketing. Pengurusan dan artis rakaman yang memalukan.” Caprice memberi reaksi bengang.

Caprice berkata, beliau juga pernah mengalami situasi depresi dan menganggap depresi bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main kerana takut akan makan dirinya sendiri. Beliau juga berkata, adalah tidak wajar sama sekali sekiranya menggunakan isu depresi semata-mata untuk dijadikan “gimik” lagu terbaru Haqiem Rusli.

Caprice juga ada memuat naik video di laman Instagram miliknya untuk menyatakan kemaafan beliau berkaitan perasaan bengang beliau kepada Haqiem Rusli dan turut memberitahu bahawa isu depresi ini adalah benda yang serius dan tidak perlu jadikan ia untuk meraih simpati orang ramai.

Jika tersilap langkah dan membuatkan orang ramai rasa dipergunakan, ia akan menjejaskan karier Haqiem Rusli suatu hari nanti. Disebabkan itu Haqiem Rusli dinasihatkan tidak mengulangi perkara sebegini lagi dan mengambil langkah yang baik pada masa akan datang.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group