Baru-baru ini, gambar lama Chef Wan yang berpakaian seperti wanita dari satu acara 13 tahun lepas tular dan menjadi bahan bualan netizen di laman sosial.

Berikutan penularan gambar tersebut, Chef Wan menzahirkan rasa marahnya di catatan yang dimuat naik beserta gambar di laman sosial Instagramnya.

chef wan 1

chef wan 2

chef wan 3

Menurut Chef Wan, dia mengenakan pakaian tersebut hanya atas tuntutan tema majlis dan ketika majlis tersebut dia ditemani anaknya Serina.

chef wan 4

Chef Wan juga mengatakan bahawa pihak yang menyebarkan gambar tersebut berniat untuk menyebarkan aib dan fitnah serta Chef Wan juga mengatakan yang dia boleh buat laporan polis dan saman individu yang menyebarkan gambar tersebut.

Jika perkara ini berterusan tersebar, Chef Wan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.

Mungkin lebih baik jika netizen diluar sana tidak menyebarkan aib orang kerana ianya akan memakan diri sendiri. Negara kita ada undang-undang.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group