Pelakon, Raysha Rizrose yang sedang menjalinkan cinta bersama atlit permotoran, Nabil Jeffri yang sudah mencecah lebih enam tahun umur hubungan mereka berdua.

Namun,Raysha menjelaskan masih tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk menamatkan zaman bujang mereka kerana beliau ingin mendahulukan kakak-kakak beliau apabila isu mendirikan perkahwinan disentuh pihak tertentu.

raysharizrose_37910113_205063140358469_3936513457234378752_n

“Jujurnya saya dan Nabil berkawan sejak 2013 lagi, sebelum saya sertai Dewi Remaja. Kiranya sudah lebih enam tahun saling mengenali. Bagaimanapun, tidak ada sebarang perancangan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat.”

“Masing-masing masih muda dan punya komitmen lain yang perlu diutamakan setakat ini. Malah, saya juga belum bersedia untuk ke arah itu. Kalau boleh, biarlah kakak lepas dulu.”

Jika sebelum ini, Raysha yang dilihat kurang berkongsi gambar kekasih hati beliau di laman sosial turut mengakui bahawa beliau cuba untuk mengelakkan daripada berkongsi kisah cinta beliau supaya tidak terjebak ataupun terlibat dengan cerita sensasi yang bakal menjadi buah mulut ramai orang.

“Tidak dinafikan, saya seorang yang berahsia dan jarang sekali nak berkongsi di media sosial gambar kekasih. Bagi saya itu lebih baik, cuma itu tidaklah bermakna saya mahu merahsiakan hal tersebut 100 peratus.”

“Sekali-sekala, ada juga gambarnya saya muat naik di media sosial, cuma tidak keraplah.”

Raysha turut muncul dalam drama terkini yang bersiaran melalui saluran Unifi TV yang bergandingan bersama Hefny Sahad, Syafie Naswip dan Nabila Razali.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group