Selepas kecoh dengan isu teguran Da’i Wan mengenai video Faiz Roslan dan dua rakannya yang dimuat naik di Instagram pada hari pertama ramadhan yang lepas, ramai pihak yang turut serta untuk memberikan komen kepada mereka bertiga termasuklah ‘teguran’ oleh Sharnaaz Ahmad. Video tersebut yang menunjukkan aksi ketiga-tiga mereka yang menari dan berpakaian menyerupai wanita bagaimanapun telahpun dipadam oleh Faiz Roslan dari Instagramnya.

Bagi menjernihkan semula keadaan mereka bertiga dijemput ke sebuah rakaman rancangan televisyen yang turut menampilkan Da’i Wan dan PU Azman.

Menurut Da’i Wan di Instagramnya, beliau memohon maaf kepada mereka bertiga sekiranya tersinggung dengan teguran tersebut. Tambahnya teguran tersebut tidak membawa maksud apa-apa melainkan atas dasar kasih sayang sebagai saudara seagama.

Mereka hadir membawa senyuman ketika bertentangan dengan saya tadi. Namun saya tahu hati mereka berkocak, tidak keruan mahu membuat apa. Saya santuni dengan salam. Saya kata jangan takut. Saya tidak memarahi kalian pun. Mereka senyum balik tapi mata masing-masing tidak terarah menunjukkan kegementarannya . Pertemuan ini adalah suatu yang dinantikan bagi semua yang mengikuti perkembangan kita. Saya harap dari saat teguran saya sampailah ke hari ini, ia menjadi titik kesedaran dan kekesalan yang mendalam buat kalian dan akan kalian ingat sampai bila-bila. Kalian pilih utk berasa takut kerana Allah dan cuba utk tidak mengulangi lagi. Sekaligus apa yang terjadi mengajar kalian sebelum bertindak sesuatu maka berfikir dgn panjang. Sebagai umat Islam. Saya sayangkan kalian kerana Allah. Saya nak kalian gunakan medium yang kalian ada sebagai jalan kreativiti yang membina dan menjana minda masyarakat. Ia bukan shj membuahkan faedah bahkan pahala lagi dan itulah kunci utk kita ke syurga Allah swt. . . Utk kalian bertiga:. . . Sebelum Ust pulang tadi, Ust sempat minta maaf pada kalian bertiga andai kata dalam ketegasan Ust menegur kali ini Ust mengguris hati kalian, walaupun Ust memang dibenarkan untuk berbuat demikian dan itulah cara yang terbaik untuk sampai ke tahap ini dan kalian akhirnya sedar. Ust datang sendiri & bawa diri Ust utk bersalaman dgn kalian. Itu tanda Ust cuba utk mencipta kasih dalam berbelah bahaginya hati kalian. Ust cuma nak bagitahu yang Ust sayangkan kalian yang masih muda ini. Jadilah manusia yg bermanfaat. Umur masih panjang. Biarkan ia diiringi dengan keberkahan. . . Yang benar, seorang hamba yang menasihati hamba2 yang lain demi utk syurga Ilahi.

A post shared by Da'i Wan (Official) (@wandazrin) on

Diharapkan kejadian ini diambil sebagai iktibar agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group