Penyanyi, Ayda Jebat baru-baru ini telah berjaya merangkul trofi Lagu Terbaik Malaysia dengan lagu nyanyian beliau yang berjudul Mata di Anugerah Planet Muzik 2018 yang APM 2018 berlangsung di Singapura.

Namun apa yang mengejutkan hampir keseluruhan rakyat Malaysia adalah ucapan penghargaan yang telah disampaikan oleh Ayda sempena kemenangan beliau dalam Anugerah Planet Muzik 2018 itu.

aydajebat_41552325_201096557331954_1702344853111225834_n

Rata-rata netizen menganggap ucapan beliau itu adalah satu sindiran dan sekaligus dapat memburukkan nama Malaysia.

“Ini merupakan anugerah pertama untuk kategori terbaik yang pernah saya dapat. Saya percaya muzik yang bagus itu boleh diterima di mana saja walaupun bukan di Malaysia.”

Ucapan beliau itu juga dianggap mempunyai kaitan dengan kontroversi sebelum ini, di mana lagu beliau yang berjudul Mata itu gagal untuk ke pentas AJL 32 namun adalah tidak wajar sama sekali sekiranya beliau memberikan ucapan yang berbaur sindiran itu kerana ia sama sahaja seperti ingin menjatuhkan nama negara sendiri.

“Walaupon BUKAN DI MALAYSIA, katanya! Bukan best pon kau. 1 2 3 sedihhh!”

“Dah menang tu rezeki la. Tapi ucapan penghargaan tu kena ‘CERDIK’. Cakap apa yg perlu sudah.”

“Padahal menang ngn calon ntah pape except dayang je la. Pastu kategori msia je la mampu, bukan lagu terbaik apm pun. Sedihla”

“why nk ckp cm tue?? Nk malukan Malaysia ke? Adoii yai”

“Kau bagi ucapan ape tadi ayda jebat? Dah memang lagu tak sedap.. memang tak la Malaysia nak terima.. Sedih la kau..”

Tidak kurang daripada itu, penyanyi Adibah Noor turut tampil memberikan pandangan beliau menerusi akaun Twitter beliau.Menurut beliau, setiap anugerah muzik mempunyai penilaian mereka tersendiri terhadap setiap karya.

Adakah pandangan yang diberikan oleh Adibah Noor tersebut mempunyai kaitan dengan isu sindiran oleh Ayda Jebat? Biarlah anda semua yang menilai perkara tersebut.

Dinasihatkan kepada Ayda Jebat sendiri supaya lebih berhati-hati dalam memberikan sesuatu ucapan kerana bak kata pepatah Melayu, ‘Kerana Mulut Badan Binasa’.

Renung-renungkanlah!

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group