Perkongsian kehidupan sebelum bergelar seorang pelakon oleh Saharul Ridzwan melalui catatan di laman sosial Instagram memberikan inspirasi kepada peminatnya yang kagum akan usaha gigih yang beliau lakukan untuk berjaya dalam kerjaya beliau.

Saharul Ridzwan berkata beliau hanya menggunakan kereta jenis Perodua Viva sebelum bergelar seorang selebriti dimana beliau menggunakan duit pinjaman Mara untuk membayar deposit dan beliau juga pernah mengalami saat-saat yang sukar dimana kereta beliau pernah rosak, kemalangan dan mandi di stesen minyak dan kini beliau telah memiliki kereta jenis Mercedes Benz.

BERJAYAKAH AKU? . Post ini sekadar perkongsian tentang diri aku . Viva ini aku beli gunakan duit pinjaman Mara utk bayar deposit, tapi aku grad dengan 3.71, Diploma in Aircraft Maintenance, pinjaman itu dah jadi scholarship, aku tak perlu bayar apa2. BERJAYAKAH AKU? . Rezeki aku dibidang lakonan, kereta inilah yang aku gunakan masa mula2 aku berlakon, insan yang mula2 ambil aku tanpa casting utk pegang watak utama walaupun aku kosong dalam lakonan adalah GURU, KAKAK, IBU aku, sis @sheilarusly_jspictures . Aku pernah ditampar diset, tapi aku tak ambik hati langsung, aku tahu Guru aku sedang mengajar aku atas kesilapanku. Masa tengah shooting #KauAkuKita dgn @jannanick , aku ckp dekat sis “Sis, sy nak award, sy nak orang nampak hasil kerja saya”. Kami sapu semuanya dalam DFKL2016. Terima kasih Sis dan abg @jinggo_jspictures . Sampai mati sy akan jasa ingat sis dan abg jinggo, sy sayang sis dan abg jinggo. SY MINTA MAAF, sy hilang sekejap, sy JANJI sy akan datang balik utk banggakan sis dan abg jinggo. Terima Kasih 🙏 ❤️. BERJAYAKAH AKU? . Dan sekarang, aku berdiri di hadapan sebuah kereta yang penuh dengan sentimental value, merenung betapa susahnya mendaki sebuah kejayaan. Mandi di petronas, kereta rosak tengah jalan, accident, macam2 lagi. Sehinggalah aku mampu untuk pakai kereta Merc di belakangku hasil tunjuk ajar Guru aku, @man_sixpointtwo @aku_afendy @fizoomar , walaupun hanyalah sebuah kereta recond, tahun 2013. BERJAYAKAH AKU? . Tidak, AKU BELUM BERJAYA. Solatku belum sempurna 5 waktu, bacaan Al-Quran ku masih salah, yakinku pada rezeki dari Allah belum sepenuhnya, tabahnya aku dalam setiap dugaan Allah masih lemah, utk katakan TIDAK pada perkara yang salah, AKU BELUM BERJAYA. Nilai kejayaan bukan dinilai dari harta benda. Semuanya akan ditarik, yang tinggal hanya AMALANKU . Jadi, bilakah aku akan BERJAYA? Selepas nyawaku diambil, disoal segala apa yang aku lakukan, walau sebesar zarah sekalipun. SYURGA atau NERAKA . AKU NAK BERJAYA KE SYURGA. Itulah kejayaan yang sebenar utk aku dan tugasku memimpin keluargaku bersama-samaku, aku perlukan Guruku, ustaz @tarmiziabdrahman ,kerana untuk ke SYURGA, usahaku perlu lebih, lebih dari semuanya yang aku usahakan.

A post shared by SR (@saharulridzwan) on

Di awal penglibatan beliau dalam dunia lakonan, beliau juga pernah ditampar ketika dalam set penggambaran, akan tetapi beliau tidak mengambil hati akan perkara tersebut kerana dia tahu insan yang menampar beliau sedang mengajar beliau untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya.

Saharul juga mengatakan bahawa apabila beliau melihat kereta Viva miliknya, beliau akan teringat akan saat-saat beliau berusaha untuk mencapai kejayaan pada hari ini, dan kereta tersebut mempunyai nilai sentimental dimana ia takkan boleh ditukar ganti dengan wang ringgit.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian, itulah peribahasa yang kita boleh berikan kepada Saharul. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan, kita kena berusaha untuk mengecapinya.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group