Baru-baru ini isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida membuat pengakuan di laman sosial Instagramnya bahawa beliau pernah ke klinik untuk menggugurkan kandungan anak ketiganya iaitu Baem Adham.

Beliau mengatakan bahawa ketika beliau mengandungkan anak ketiganya, dia berusia 27 tahun dan keadaan ekonomi masih tidak stabil.

View this post on Instagram

Dulu waktu mengandung baem anak2 semua kecik lagi…mengandung baem umur saya 27 tahun ….. waktu tu bila tau pregnant saya x happy langsung sbb sangat2 x nak ada anak lagi dgn ekonomi x berapa baik……saya stress nangis siang malam pagi petang sampai pernah ke klinik nak gugurkan kandungan…..Doktor kat klinik pun marah saya,tu lah manusia ni…rezeki duit nak rezeki anak dia tolak…😭😭….terus saya terkedu dan berfikir kembali apa yg saya nak buat ni salah😔…saya teruskan kandungan walaupun dalam kemurungan…..(kalau ingat balik berdosanya saya x terima rezeki Allah nak bg ni)..Doktor tu cakap awak x kesian d ke dekat anak awak ni dia dah ada jantung…..Nanti esok2 dia ni lah anak yg membahagiakan awak..😭…Terus perasaan naluri ibu tu datang…saya x malu nak cerita sbb utk pengajaran kita semua.. . Ya sememangnya betul @baem_adham penghibur saya,seingat saya beberapa kali aja saya cuba nak pukul dia yg lain x sempat sbb dia terus peluk dan cium je tiap kali saya marah…sekarang dah besar dah anak2 ni…x lama lagi dapat menantu🤭(terover pula kan..) apapun bargai rezeki Allah bagi…..Insya Allah kita redha yg baik2 datang pada kita..

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Justeru itu, beliau berasa tertekan dan beliau ingin menggugurkan kandungannya. Namun beliau rasa amat bersyukur kerana mendengar saranan doktor yang memujuk beliau untuk tidak meneruskan niatnya.

Menurut Datin Shahida, Baem adalah penyeri dalam hidupnya ketika ini disamping dua anaknya yang lain. Jika diingat balik, beliau berasa berdosa kerana telah berfikir sampai begitu sekali.

Beliau mahu jadikan perkara ini pengajaran untuk semua; setiap anak yang dilahirkan adalah rezeki daripada Allah dan kita perlu menerimanya dengan hati terbuka.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group