Datuk Fazley Yaakob, selebriti Chef dan juga penyanyi itu berkongsi pengalaman beliau di Bangkok menolak kereta di tempat letak kereta apabila ada kereta yang menghalang kenderaannya di laman Instagram milik beliau.

Beliau telah memuat naik satu video di Instagram milik beliau yang menunjukkan beliau sedang menolak sebuah kereta yang menghalang keretanya untuk keluar dari tempat letak kereta. Beliau juga memuji sikap yang ditunjukkan penduduk Thailand yang tidak cepat marah dan sabar apabila ada kereta yang double park kereta mereka di tempat letak kereta.

Fazley turut mempersoalkan adakah pemandu di Malaysia dapat bersabar dan tidak marah apabila berada dalam situasi ini seperti penduduk di Thailand dan juga mendapat pelbagai maklum balas daripada ramai orang.

Sekiranya tidak mempunyai tempat letak kereta yang kosong dan terpaksa meletakkan kereta yang dapat menghalang kereta lain double park, untuk keluar dari tempat letak kereta, kita sebagai pemandu haruslah meletakkan kereta dalam keadaan gear bebas (gear N) supaya pemandu yang lain mudah untuk mengeluarkan kereta mereka.

Bertolak ansurlah dalam memudahkan kerja orang lain.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group