Usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri baru-baru ini telah berkongsi kisah kehidupan beliau ketika kecil dimana terpaksa minum air sirap dek kerana keluarga beliau ketika itu tidak mampu untuk membelikan beliau susu.

“Waktu baby mak saya cakap nak beli susu tak mampu, saya diberi air sirap (patut lah saya ada penyakit disleksia).”

Datuk Aliff Syukri berkata lagi menerusi laman Instagram beliau, keluarga beliau tidak mampu untuk membahagiakan beliau dengan kesenangan dan beliau tidak mahu perkara itu juga terjadi kepada anak-anak beliau.

“Dahuulu masa kecil mak abah saya tak mampu nak bahagiakan dengan kesenangan kami hidup merempat dah besar baru senang.”

“Kami hanya tidur di lantai malah saya lahir di dalam rumah sebab tak ada duit ke hospital dan jarak yang jauh.”

Beliau juga hanya dilahirkan dirumah kerana keluarga beliau tidak mempunyai wang untuk ke hospital dan faktor jarak dari rumah yang agak jauh.

Datuk Aliff Syukri tidak kisah sekiranya dilabelkan seorang yang memewahkan anak sejak kecil kerana beliau sendiri tidak sanggup untuk membiarkan anak beliau merasa hal yang sama seperti beliau.

“Sekarang abah tak nak benda yang sama berlaku kepada anak-anak abah.”

Perkongsian tersebut meraih simpati peminat beliau dan mereka semua kagum dengan kejayaan yang dikecapi oleh Datuk Aliff Syukri.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group