Umum mengetahui baru-baru ini Datuk Vida tampil di salah sebuah rakaman rancangan di siaran televisyen tempatan dengan mendendangkan lagu raya khas ‘Lavida Raya’. Penampilan beliau kali ini turut disertai oleh anak-anaknya, Cik B dan Kacak.

Namun penampilan anak gadisnya itu tidak terlalu disenangi orang ramai berikutan dengan pakaiannya yang agak ketat. Kecaman demi kecaman diterima di gambar yang dimuat naik oleh Datuk Vida yang menghentam penampilan Cik B membuatkan beliau memuat naik gambar dengan penjelasan mengenai penampilan anak gadisnya.

Di gambar berkenaan, Datuk Vida menjelaskan bahawa situasi tersebut terjadi akibat anak gadisnya itu memakai baju 2 lapis.

Penjelasan tersebut disambut baik oleh pengikut-pengikut beliau yang mengatakan Cik B masih seorang kanak-kanak yang tidak minat untuk berdandan seperti kanak-kanak yang lain dan lebih baik untuk membiarkan Cik B menikmati zaman kanak-kanaknya.

Ada benarnya juga pendapat orang ramai untuk memberi ruang kepada Cik B untuk menikmati zaman kanak-kanaknya.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group