Fadzil Zahari suami kepada Yana Samsudin baru-baru ini menyatakan seorang pereka fesyen masih lagi tidak dapat menyelesaikan hutangnya bahkan telah memuat naik gambar-gambar Yana Samsudin di laman sosial ketika masih tidak bertudung.

yana dan fadzil

yana dan fadzil dan anak

Melalui wawancara mStar Online baru-baru ini, “Kami sebenarnya seperti sudah pasrah sahaja dan percaya dia tidak akan membayarnya. Baru-baru ini pula saya dimaklumkan pereka fesyen itu ada memuat naik foto-foto Yana di laman sosial ketika tidak bertudung, tapi kemudian dia padam selepas dikecam netizen”, kata Fadzil Zahari.

Sebelum ini, beliau memang sudah tidak mahu meminjamkan wang sebanyak RM30,000 kepada  pereka fesyen itu namun isterinya yang baik hati telah meminjamkan wang sebanyak RM15,000 kepada pereka fesyen itu.

Diharapkan pereka fesyen itu dapat menyelesaikan hutangnya dengan cara baik dan tidak melakukan perkara yang mengundang kemarahan Fadzil Zahari.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group