Pelakon, Ezzaty Abdullah memberitahu media bahawa beliau terpaksa berpakaian seksi dan melakukan babak panas bersama Beto Kusyairi untuk menghidupkan watak mak ayam yang dilakonkan beliau dalam drama KL Gangster Underworld.

Ezzaty Abdullah juga berkata, pakaian seksi yang perlu dipakai oleh beliau kebiasaanya akan ditunjukkan kepada suami terlebih dahulu. Pemakaian seksi itu masih ditetapkan batas dalam diri Ezzaty dan tidak terlalu seksi, lagipun itu hanya untuk menaikkan lagi peranan watak mak ayam yang perlu dilakonkan beliau.

“Saya diminta berpakaian seksi untuk membawakan watak ini, kena pakai skirt dan seluar pendek tapi ada batas seksi yang saya tetapkan untuk diri saya.”

“Seksi ada limit dan pakaian yang diminta saya pakai biasanya saya akan tunjukkan dahulu kepada suami.”

Beliau juga sekerasnya menolak adegan yang meminta beliau untuk merokok kerana adegan merokok tiada dalam prinsip beliau ketika dari mula dalam bidang lakonan.

“Sepatutnya saya kena merokok bagi menhidupkan watak Elina tapi saya menolak kerana itu prinsip yang saya pegang dari dulu.”

“Jika mereka mahu juga saya merokok mungkin saya tolak tawaran ini. Bagi saya perempuan tidak sepatutnya merokok.”

Beralih kepada babak panas yang harus dilakonkan oleh beliau bersama Beto Kusyairi, beliau menjelaskan dari awal mereka sudah berbincang dan bersepakat tidak melakonkan aksi yang terlalu intim namun lakukan itu hanya sekadar untuk menaikkan lagi watak mereka sebagai pasangan kekasih dan juga beliau sebagai “mak ayam”.

“Masa mula penggambaran lagi Beto tanya saya had sampai mana yang boleh kami lakonkan. Bila kami berbincang dan dua-dua setuju melakonkan secara asas untuk menyampaikan maksud sahaja tidak keterlaluan pun.”

Babak panas dalam drama tersebut dilakonkan beliau untuk membawa maksud tertentu pada dunia nyata berkaitan isu “mak ayam” dan mengharap tidak mendapat kecaman daripada para penonton.

Cover-photo-Launch

Drama yang diterbitkan oleh Skop Production yang diarahkan oleh Faizal Ishak yang dilakonkan oleh barisan pelakon, Nabila Huda, Beto Kusyairi, Azhan Rani, Hasnul Rahmat, Zahiril Adzim dan Dynas Mokhtar.

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group