Pagi tadi berlangsungnya perlawanan akhir piala Liga Juara-Juara Eropah antara Liverpool dan Real Madrid. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut memuatnaik status tentang perlawanan berkenaan.

Dalam Teeet yang ditulis Syed Saddiq, beliau mahu penjaga gol Liverpool, Loris Karis disiasat oleh SPRM kerana aksi hambarnya semalam. Namun Tweet yang sebenarnya hanya sekadar suka-suka dibalas pula oleh ahli Puteri UMNO, Dira Abu Zahar.

Dira menyifatkan Syed Saddiq seperti budak-budak/tidak matang dengan tweet yang ditulis. Namun Syed Saddiq tidak berdiam diri dan membalas kembali Tweet berkenaan.

Begitulah ‘kak long’ yang mungkin tidak nampak Syed Saddiq sebagai seorang yang boleh digelar YB. Tetapi biasalah, di kala muda, Tweet sebeginilah yang akan keluar dari Syed Saddiq kerana pengikutnya ramai yang masih muda remaja.

Dira Abu Zahar pun tidak memanjangkan perdebatan ini dan menurut beliau itu hanyalah pandangan peribadinya dan sekadar ‘bergurau’ sahaja. Rasanya Syed Saddiq pun tidak ambil hati. Biasalah pertukaran pendapatan antara wakil pembangkang dan wakil kerajaan. Apa pula pendapat anda?

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group