Pelakon, Remy Ishak baru-baru ini telah mencuit hati peminat apabila beliau telah memuat naik gambar beliau di laman Instagram yang mengatakan beliau telah hamil.

Pelakon itu berkata telah berjumpa dengan doktor dan beliau disahkan mengandung 4 bulan ekoran perubahan yang dirasai sejak dua minggu lalu ketika menyambut sambutan Aidilfitri dan rumah terbuka.

Ramai peminat beliau yang tidak menyangka bahawa Remy Ishak juga pandai melawak dan merasakan kenyataan itu sangat melucukan lebih-lebih lagi apabila beliau menunjukkan bukti sebelum dan selepas kehamilan beliau.

 “Klu dh bersalin nti..bgtau..klu lah…abg xblh jga baby tu…bg saya jga…😂😂😂😂😂 lawak laaaa bro…..”

Beliau mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminat dan juga daripada salah seorang artis terkenal iaitu Erra Fazira.Berikut sedikit reaksi daripada peminat beliau.

“Mengong lah awak ni Remy”

 “Tahniah @remyishakkerana berjaya mengandung….lama mencuba akhirnya berjaya…tahniah. Berita gembira buat semua peminat tanahair….👍🏾👍🏾👍🏾”

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group