Elizabeth Tan, penyanyi yang terkenal dengan lagu terbaru beliau, Polis Entry dikecam hebat oleh netizen berkaitan penampilan beliau dalam video muzik Polis Entry baru-baru ini.

Melalui wawancara Harian Metro, Elizabeth Tan sama sekali tidak kisah walaupun dilabel seksi kerana masih lagi tidak ditegur oleh ibunya sendiri malah berkata beliau sengaja untuk berpenampilan seperti itu untuk menunjukkan sisi berbeza diri beliau.

“Saya sengaja tampil seksi kerana ingin menunjukkan sisi berbeza diri saya. Saya tak kisah kalau orang label saya seksi.”

“Kalau ia berlebihan, ibu saya akan tegur. Jadi, kalau ibu saya masih okay, maksudnya tahap seksi itu masih tidak keterlaluan.”

Bagi beliau, beliau lebih selesa menampilkan gaya beliau sendiri namun beliau akui sebagai seorang selebriti, beliau perlu tahu untuk menjaga penampilan kerana gerak geri dan apa sahaja perkara yang dilakukan pasti akan mendapat perhatian daripada netizen.

“Ramai anggap saya sebagai gadis ayu yang manis atau dalam kata lain, ‘control’ cantik. Saya sebenarnya sedikit ‘boyish’ dan kadangkala, sangat ‘berani’ dalam berpakaian.”

“Tapi, selepas jadi artis, saya tahu penampilan saya perlu dijaga dan nampak lebih kewanitaan. Sekarang, saya selesa tampilkan gaya yang saya sendiri selesa seperti ini.”

elizabethtsm_36571271_487356071714684_2373674428446801920_nelizabethtsm_35000961_237052953764311_6056827575911579648_n

Elizabeth mengakui dulu beliau sering tertekan dengan komen-komen negatif daripada netizen namun sekarang beliau tidak mahu ambil peduli perkara-perkara seperti itu.Beliau hanya perlu fokus kepada kritikan yang membina dan dapat menjadikan ia satu faktor untuk memperbaiki diri sendiri sebagai seorang selebriti.

“Kalau dulu, saya selalu membaca komen-komen dan rasa tertekan dengan kritikan pedas netizen. Sekarang, rasanya tidak lagi dan lebih santai.”

“Kritikan yang membina, saya ambil dari sudut positif kerana kebanyakannya berguna untuk saya perbaiki kelemahan saya. Kalau yang negatif dan merepek, saya abaikan.”

Walaubagaimanapun, lagu terbaru Elizabeth Tan kini mencapai jumlah tontonan hampir mencecah ke angka 2 juta tontonan di laman YouTube.

Tahniah buat Elizabeth Tan !

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group