Ellie Suriaty, pelakon, beliau antara penyokong kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri.

Beliau menyatakan bahawa beliau memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib dan menerusi laman sosial Facebook beliau, beliau memuat naik rakaman video menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Sebelum kekecohan berlaku, Ellie bersama hampir 50 orang penyokong Najib setia menunggu di luar mahkamah menantikan proses pendakwaan dijalankan.

Beliau ketika berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beliau meneriak “bebas Najib”.

Kehadiran Ellie menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib masih lagi mendapat sokongan daripada beberapa pihak.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group