Ernie Zakri atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, seorang penyanyi yang berbakat besar menzahirkan kekesalannya melalui catatan di laman sosial Instagram beliau dimana segelintir pihak sering menulis nama beliau dengan ejaan yang salah.

Beliau mengatakan bahawa beliau tidak marah apabila orang salah eja nama beliau, akan tetapi beliau berasa pelik kenapa orang keliru untuk eja nama beliau sedangkan beliau selalu membahasakan diri sebagai Ernie.

Ernie juga mengatakan bahawa perkara tersebut seringkali berlaku walaupun sudah berkali-kali beliau memperbetulkan.
Selain nama beliau yang disalah eja, nama ayah beliau juga turut disalah eja.

Ernie mendakwa bahawa ada segelintir orang yang beranggapan bahawa nama beliau itu ialah rekaan sendiri akan tetapi sebaliknya, nama tersebut memang nama sebenarnya.

Kepada orang ramai diluar sana, selepas ini mohonlah eja nama Ernie dengan sebetulnya, hentikanlah menuduh beliau mencipta nama beliau sedangkan sebaliknya.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group