Faiz Roslan yang sentiasa dilanda kontroversi baru-baru ini dikecam oleh netizen kerana video beliau menari di sebuah kelab malam tersebar di laman sosial Facebook.

Faiz dan rakan-rakannya sedang galak menari di dance floor kelab tersebut dalam video yang tersebar itu.

Faiz mendapat kecaman dari netizen sebelum ini disebabkan tingkah laku beliau dan kini beliau melakukan aksi begini menunjukkan yang beliau tak ambil peduli kecaman dari orang ramai walaupun apa yang dibuatnya itu salah.

Hidup bermasyarakat pastinya masyarakat akan mengambil peduli apa yang berlaku didepan mata mereka, tingkah laku yang tidak sopan dan mengundang kemarahan netizen haruslah Faiz jauhkan dan sepatutnya mengawal tingkah laku. Ini kerana kita hidup bukan hanya kerana diri kita.

Kepada netizen diluar sana, mungkin jika terjumpa Faiz diluar boleh memberikan ucapan semoga cepat sembuh kepada Faiz supaya beliau sembuh dari kelakuan yang sedemikian rupa.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group