Fakhrul UNIC menzahirkan kekesalannya mengenai isu penutupan pusat tahfiz yang menjadi perhatian orang ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi di laman sosial Instagram beliau.

Beliau mengatakan bahawa penutupan pusat tahfiz disebabkan tiada masa depan adalah tidak relevan dan ramai je lepasan pusat tahfiz menjadi manusia yang berjaya dalam pelbagai bidang.

Justeru itu, beliau merasakan pusat tahfiz yang sedia ada harus diselia pantau dan bukan ditutup begitu sahaja. Melalui catatan beliau juga, beliau mengatakan yang orang akan mencari budak tahfiz juga datang mengaji apabila berlaku kematian.

Isu ini menjadi perhatian ramai orang kerana ia melibatkan banyak pihak, dan Fakhrul bebas untuk menyuarakan pendapat beliau mengenai isu ini.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group