Penyanyi dan juga peserta Big Stage, Fara Hezel yang telah tersingkir awal dalam program tersebut tidak pernah putus asa untuk mengasah bakat beliau meskipun telah kecundang dalam program reality Big Stage baru-baru ini.

Penyingkiran beliau dalam program tersebut telah menjadikan pembakar semangat untuk diri beliau terus mengecapi cita-cita dan impian beliau yang dalam bidang seni dan juga pengacaraan.

“Tidak dapat meneruskan perjuangan dalam program realiti itu bukan bermakna saya gagal. Saya sebaliknya, belajar untuk bangkit semula.”

Bidang pengacaraan merupakan impian beliau yang telah lama disimpan di dalam hati dan kini beliau ingin mencipta nama beliau dalam bidang pengacaraan televisyen pula.

“Saya sudah mencuba sehabis baik, namun tertulis hanya setakat itu rezeki saya. Saya tidak kecewa kerana percaya ada pintu lain yang terbuka, asalkan berani mencuba.”

“Saya tanamkan tekad meneroka satu lagi cabang seni iaitu pengacaraan yang dirasakan serasi dengan jiwa.”

Beliau juga akan terus tabah dan tidak ambil hati sekiranya dihujani kecaman netizen kerana itu adalah normal bagi seseorang seperti beliau yang bergelar artis.

“Kalau orang mengkritik bermakna mereka mengikuti perkembangan kita. Sama ada disedari atau tidak, mereka sebenarnya sentiasa mahu mengetahui apa yang kita buat.”

 

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group