Nur Fasha Sandha Hassan atau dikenali sebagai Fasha Sandha seorang pelakon terkenal dikatakan bercinta dengan seorang pelakon iaitu Aidil Aziz berikutan penularan satu video penuh mesra mereka.

Video tersebut menampakkan Fasha mencium tangan dan memeluk Aidil lalu mencetuskan kontroversi bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa.

Menerusi wawancara BH Online, Fasha tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut.

Terima kasih sahabat2 wartawan yang datang untuk menyokong Filem #blok404 Berpeluh ibu jawab soalan wartawan. Nasib baik tak jatuh kebelakang 😁 Terima kasih sahabat wartawan kerana tidak mendesak dan selalu mendoakan kebaikan dan kebahagiaan untuk saya. Siapa yang tidak mahu hidup bahagia. Tapi kenyataan adalah kenyataan, saya lebih selesa meletakkan diri saya berkawan rapat daripada bercinta. Kita tidak tahu apa akan jadi pada hari esok. Bersahabat lebih kekal dan indah. Itu saja update yang ada buat masa ini.. Maaf saya terpaksa mintak diri awal kerana anak perempuan saya kurang sihat dan esok pula hari kedua saya shooting #dipinggirneraka TV3. Terima kasih semua dan terima kasih buat penerbit Datin @iamida77 @kam2u diatas kepercayaan yang diberikan buat saya. Walaupun watak cameo, saya tetap mendoakan filem ini menjadi fenomena seperti dulu. Amin Thank You BFF manager @murshid_eunos

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Fasha bahkan enggan mengesahkan atau menafikan akan gossip percintaan tersebut dan hanya mengatakan bahawa Aidil adalah lelaki yang rapat dengan beliau sekarang.

Fasha juga mengatakan tentang status diri beliau iaitu “single but not available” yang seakan-akan memberi petunjuk yang hatinya sudah dimiliki oleh seseorang.

Diharapnya Fasha akan menemui seseorang yang akan memberi kebahagiaan kepada beliau dan anak-anak, dan bagi mereka yang diluar doa-doakanlah agar Fasha menemui sinar kebahagiaannya.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group