Persahabatan antara selebrti tanah air bukanlah suatu benda yang asing lagi. Malah keakraban setiap selebriti dikongsikan dengan peminat-peminat menerusi posting di laman sosial mereka. Begitu juga dengan pelakon cantik, Fasha Sandha dan Fazura.

Baru-baru ini Fasha memuat naik screenshot perbualan antara mereka berdua yang menampakkan keakraban dua aktres ini. Dalam perbualan tersebut Fazura ingin menghadiahkan baju raya kepada Fasha Sandha. Gambar tersebut turut disertakan dengan caption yang mengatakan Fasha amat menghargai persahabatan yang bermula ketika mereka berusia 18 tahun lagi.

Tambah beliau pula semenjak bergelar ibu tunggal, Fazura tidak pernah lupa untuk menghantarkan persalinan baju raya kepadanya.

Gambar tersebut menerima komen-komen yang baik daripada peminat-peminatnya yang turut mendoakan agar persahabatan ini kekal sampai bila-bila. #Relationshipgoal sungguh Fazura dan Fasha Sandha.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group