Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri mendapat musibah?

Datuk Aliff Syukri baru-baru ini mengakui sebuah kereta mewah jenis Ferrari yang terbakar adalah milik beliau dan meluahkan perasaan sedih beliau di laman Instagram.

Ketika kejadian, pemandunya bukan Dato’ Aliff tetapi seorang lelaki warga Australia. Menerusi keterangan pemandu, dia menyedari kebakaran bermula di bahagian ekzos dan bertindak memberhentikan kenderaan itu di lorong kecemasan.

sedihyee..tabahkan hatiku..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Beliau yang sentiasa berwajah ceria dan gembira itu mendapat simpati dan prihatin dari netizen akibat kejadian yang berlaku di Lebuhraya Shah Alam tempoh hari.

Rata-rata netizen yang bersimpati meninggalkan komen berunsur kata-kata semangat kepada Datuk Aliff Syukri supaya sentiasa tabah dalam menempuhi dugaan ini dan tidak kurang juga ada yang memberi kata-kata negatif kepada beliau.

“Setiap sesuatu ujian dari Allah.ada hikmah disebalek nya.”

“Sy dengar kalau harta kita terbakar.. contoh rumah ke.. makna rezeki nk datang lagi.. tgk dato vida dulu rumahnye terbakar.. lepas tu lg melimpah rezeki dia… ade kawan sy pun sama rumah terbakar.. skrg dah jd tokey emas.. insyaallah.. kita redha je atas ketentuan Allah.. x ada yg Allah jadikan itu sia2 walau sebesar zarah!”

“Saya ingatkan dato sedih apa tadi,tu hanya kereta dato atas dunia,yg kekal akhirat nanti,saya pun belum merasa kereta baru dalam plastik diatas dunia ini hasil rezeki sendiri belum diizin oleh nya lagi, moga suatu hari atas usaha gigih saya tk dpt kereta mahal kereta murah pun jadi lah janji nk merasa kereta baru”

“Kau buat jahat denga binatang. Kucing kesayangan Nabi tapi kau tak ada otak biarkan dia beranak sambil disaksikan beramai-ramai oleh golongan bodoh macam kau. Orang nak bela kucing, kau pun nak bela kucing. Tapi, bodoh kau Tuhan je tahu. Tu baru sikit Allah balas atas perbuatan kau yg aku kira 3rd class thinking level. Harapkan kaya je tapi bodoh. Aku harap kucing-kucing tu doakan kau jatuh muflis! Akhirat esok tak tau la apa nasib kau.”

Meskipun tiada kenyataan yang kukuh lagi daripada Datuk Aliff Syukri, pihak kami berharap Datuk sentiasa tabah dan sentiasa terima dugaan yang diberikan Allah S.W.T.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group