Pelakon kacak Fikry Ibrahim baru-baru ini dipuji oleh netizen kerana menyunting terlebih dahulu gambar Uqasha Senrose sebelum memuatkan gambar berkenaan di dalam akaun Instagram miliknya.

2 more days!! RAHSIA HATI PEREMPUAN

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on

Ramai yang berpendapat Fikry seorang yang sangat prihatin tentang isu aurat. Ianya sesuatu yang boleh kita contohi bersama dalam kehidupan. Komen-komen di ruangan gambar ini juga dipenuhi memuji Fikry seorang yang sangat sweet.

Tetapi bagi Fikry sendiri, beliau mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian. “Buat apa saya nak tanggung dosa orang lain. Selagi boleh dielak, saya akan cuba elak. Kalau saya tak muat naik foto dia, takut nanti jadi salah faham. Jadi nak atau tak nak, saya terpaksa kaburkan rambut dia,” terang Fikry.

Fikry juga dikhabarkan tidak mahu babak bersentuhan dengan mana-mana artis yang berlakon bersamanya. Bagus pendirian Fikry ini. Susah sudah hendak cari lelaki gentleman seperti Fikry ini. Kalau jumpa, terus bawa jumpa mak ayah minta restu.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group