Hangat diperkatakan netizen, apabila Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor mengenakan penampilan di program Meletop semalam dengan memakai baju yang disukai Nur Fazura yang diperagakan di Kuala Lumpur Fashion Week baru-baru ini.

Orang ramai mengetahui bahawa baju yang dipakai Neelofa pada malam semalam adalah baju kesukaan Nur Fazura dek kerana Fazura pernah memuat naik status di Instastory beliau dengan mengatakan ‘Mine Please’ yang ditujukan kepada baju tersebut.

Apabila Neelofa yang juga mengenakan pemakaian yang sama persis dengan Nur Fazura yang telah terlebih dahulu menggayakan busana tersebut di hari terakhir KLFW baru-baru ini, perkara hangat diperkatakan dikalangan netizen.

stalkersdoll_38081023_1912987615663765_2720890541117014016_n

fazura

Rata-rata netizen beranggapan Neelofa masih tidak dapat move on daripada kisah lalu dan ingin meniru gaya Fazura berikutan penampilan beliau dalam program Meletop malam semalam namun masih ramai yang memuji kecantikan yang ditampilkan Neelofa dalam program tersebut.

“Xdapat Fattah, dapat baju idaman fazurapun dh syukur sangat… ye.”

“nampak sgt permainan dia ni…lama dah. Kesian faz.”

“faz da pakai baju ni masa kl fashion week innaired tu 😂”

“kau asal suka compare dia ngan faz? Baju tu semua orang boleh pakai. Miracle happens whatever la ko ni”

“halah2 kau. baju ni kan jual. bkn lofa je boleh pakai✌🏻smua org even kau pon boleh pakai”

Apapun, Neelofa memang nampak sangat cantik dan bergaya mengenakan penampilan seperti itu dan tidak kurang juga Nur Fazura yang sentiasa cantik mengenakan apa-apa pemakaian.

 

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group