Penyanyi yang terkenal dengan lagu Jampi itu, Hael Husaini yang telah mengambil anak angkat, Halena Hael yang berusia setahun itu mengakui banyak persoalan netizen berkenaan cara beliau membesarkan anak angkatnya memandangkan bayi itu seorang perempuan.

Melalui wawancara mStar Online, beliau berkata beliau susah untuk menjelaskan kepada netizen satu persatu berkaitan cara penjagaan anak angkatnya itu tapi apa yang boleh beliau jelaskan adalah beliau sudah merujuk kepada ustaz tentang cara membesarkan bayi perempuan dengan betul.

haelhusaini_31718728_189132545070048_2353462265107185664_n

Hael berkata lagi beliau hanya ingin melihat Halena membesar dan mendapat kasih sayang yang cukup seperti kanak-kanak lain.Selain itu, beliau juga berkata rezeki beliau semakin bertambah setelah mengambil Halena sebagai anak angkat beliau dimana sebelum ini hidup beliau hanya sekadar cukup makan sahaja.

Beliau menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak perlu risau untuk mengambil anak angkat kerana anak ini adalah pembawa rezeki.

Sekiranya jantina yang menjadi kerisauan, orang ramai boleh merujuk kepada pandangan ustaz-ustaz berkaitan penjagaan anak angkat yang berlainan jantina daripada penjaganya.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group