Penyanyi, Hael Husaini menjadi hangat diperkatakan peminat beliau setelah melihat MV single terbaru beliau, Hajat yang menampilkan penampilan istimewa artis terkenal Thailand, Happy Polla di dalam video tersebut dan turut menampilkan Sherry Al-Hadad dan Dottie.

Berikutan perkara tersebut, rata-rata peminat beliau memberi pelbagai reaksi setelah menonton MV Hajat namun Hael Husaini tampil memberi kenyataan sebab dan mengapa beliau memilih Happy Polla untuk kemunculan lagu terbaru beliau.

“Berkaitan Happy Polla, saya bincang dengan pihak pengurusan dan mahukan seseorang ada unsur ‘humor’ da nada tarikan yang tersendiri.”

“Maka disitulah munculnya watak dia dalam MV saya.”

haelhusaini_37093971_2096251610692802_8605667271953612800_n

Menurut beliau, pengambilan Happy Polla itu hanya untuk menjadi tarikan dalam MV beliau dan beliau bersikap professional dalam perkara itu. Malah beliau akui pasti ada sesetengah pihak yang tidak akan menyenangi dengan keputusan beliau.

“Saya memandang dari sudut professional dan jika dengan kewujudan Happy Polla boleh menjadi tarikan dalam MV saya, okaylah.”

“Memang akan orang taksuka dan pandang negatif perkara ini tapi kadang-kadang apa kita buat pun tak semestinya semua orang suka.”

Tahniah diucapkan buat Hael Husaini, lagu terbaru Hajat telah mendapat sambutan hangat daripada penonton.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group